Monday, 2 June 2014
TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam terikat dengan kemurnian akidah, kehalusan akhlak dan
kemuncak pencapaian manusia beragama Islam dalam pelbagai dimensi
kehidupan. Pada asasnya tamadun Islam lebih mementingkan keperibadian
akhlak mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Kehebatan dan
keunikan tamadun Islam berbanding tamadun Barat diukur dari sudut
kerohaniannya. Berlaku secara realiti bahawa proses pembentukan tamadun
Islam lebih tertumpu kepada aspek Materialisme sehingga melupakan sudut
pemurnian spiritual umat Islam. Era kejatuhan tamadun Islam dari dulu
hingga kini mula menampakkan bayangannya akibat keruntuhan akhlak dalam
kalangan umat Islam. Keburukan akhlak berpunca daripada kelemahan jiwa
yang mengalami ketirisan akidah dan kerapuhan agama. Kerohanian yang
berpusat di jiwa perlu dibajai dan dipupuk sehingga ia berupaya
memanifestasikan keunggulan personaliti bangsa dalam tamadun Islam.
Pembaikan akhlak boleh diurus melalui kaedah pemurnian jiwa atau
psikologi yang berteraskan al-Quran dan sunnah. Psikologi berkait rapat
dengan tamadun Islam kerana ia berlatar belakangkan masyarakat sosial
manusia. Kejayaan sebenar bagi manusia pastinya dapat dicapai melalui
kesihatan mental dan jiwa. Psikologi Islam menyediakan pelbagai cara dan
antaranya ialah kaedah psikoterapi Islam. Metode ini amat diperlukan
oleh setiap manusia bagi pembentukan personalitinya sebagai insan yang
berkualiti di dalam segenap aspek agar mendapat kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Kegemilangan sesuatu tamadun bergantung sepenuhnya kepada
keperkasaan fizikal, mental, spiritual dan emosi. Sekiranya sesuatu
bangsa itu tidak memiliki keempat-empat dimensi ini, maka hancurlah
bangsa tersebut dan runtuhlah tamadunnya. Justeru, Muslim yang
berperwatakan mulia berupaya memartabatkan tamadun Islam. Artikel ini
membincangkan tentang kaedah psikoterapi Islam sebagai salah satu metode
di dalam bidang psikologi Islam dalam membina manusia Muslim sebagai
agen utama bagi pemerkasaan tamadun Islam ke arah menghadapi pelbagai
isu pada era yang mendatang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment